Thursday, 19 January 2012

Duit-duit

(",)

Dalam hidup duit tidak penting tetapi sebab nak hidup kita perlukan duit.

Tidak adakah kesudahannya?


Selepas satu, satu yang timbul.. dimanakah kesudahan kepada episod ini?

p/s:  The world is the stage and we all are the actors, kata-kata paklong Shakespeare nih hanya berkait dengan perkataan "episod". Haha.

Saturday, 7 January 2012

Bodoh vs Bengong


"bodoh - edit" was the name 


1. Lama dah tak update blog nih!! qini (baca: pukul 3.42 pagi - 7/1/2012) basri suruh aku elaborate tajuk kat atas tuh menggunakan perspektif aku. Aku pernah kata dekat diri aku yang aku buat blog untuk orang berfikir dan berfikir. Tidak hanya seronok-seronok dan meninggalkan link nak kayakan diri.

2. Pendirian nih basri pun tak tau. Hah ha.

3. Daripada tajuk yang basri bagi nih, aku sendiri tak tau beza antara 2 benda alah kat atas tuh. 

4. Sudah. hampa tak payah fikir! Biar aku bagitau. 

5. Bodoh nih lebih kepada perkara yang formal seperti Teori Poligenesis atau gay yang kahwin tetapi masih kekal Islam!

6. Benda-benda macam tuh adalah bodoh dan memperbodohkan orang ramai. Sebab apa bodoh nih terjadi? Mungkin dan tetap pendirian aku bahawa ia jadi bodoh apabila menongkah arus daripada kebiasaan norma kehidupan alam.

7. Sebab itu lah kita lihat sekarang banyak sangat orang yang jadi bodoh sebab terikut-ikut dengan orang yang bodoh punya fahaman. Kalau tak mahu terikut-ikut, ikut orang yang tak menongkah arus norma kehidupan dan perkara itu adalah asas yang sebenar untuk menjadi tak bodoh (baca: ikut orang yang ada agama, diutamakan Agama Islam)

8.  Perkara yang aku bincangkan ini sangat-sangat berbeza daripada orang yang belajar dan dia berasakan dirinya bodoh. Itu bukan bodoh yang sebenar. Belajar tapi tak faham-faham tu aku gelarkan 'tak faham-faham' dan bukan bodoh. Ada faham? Fahamkan sendiri.



"bengong - edit" was the name

9. Bengong tak cerita lagi kan? Haa, nih dia. Rupa-rupanya bengong tak diiktiraf oleh dewan bahasa dan pustaka. Bodoh atau bengong kah orang yang menggunakan bengong dalam percakapan seharian?

10. Bengong untuk percakapan seharian adalah normal dan boleh diterima pakai sebab bengong lebih sedap daripada bodoh! 

11. Perkara yang bengong yang sekarang terjadi adalah kesan daripada pembodohan beramai-ramai yang terjadi. Contoh paling rapat dengan bengong adalah peristiwa bengong oleh Yang Berhormat Tuan Terutama Sangat Bebas Adam Adlilie (Bukan nama sebenar).

12. Malas terang sebab semua dah tahu. Jadi pendirian aku adalah sebab dia bengong dan bukan bodoh yang sebenar. Bengong sebab last nanti apa yang diperjuangkan tak akan kemana dan dia akan jadi sejarah. Bukan tara mana sangat perjuangan yang dia buat tuh.

13. Hampa tak setuju dengan aku? Aku tak kisah pun.

P/s: bapa aku bayar yuran aku untuk aku berjuang tamatkan pelajaran dan jadi orang yang bertamadun dan faham (ada faham?)