Thursday, 19 January 2012

Duit-duit

(",)

Dalam hidup duit tidak penting tetapi sebab nak hidup kita perlukan duit.

Tidak adakah kesudahannya?


Selepas satu, satu yang timbul.. dimanakah kesudahan kepada episod ini?

p/s:  The world is the stage and we all are the actors, kata-kata paklong Shakespeare nih hanya berkait dengan perkataan "episod". Haha.

Saturday, 7 January 2012

Bodoh vs Bengong


"bodoh - edit" was the name 


1. Lama dah tak update blog nih!! qini (baca: pukul 3.42 pagi - 7/1/2012) basri suruh aku elaborate tajuk kat atas tuh menggunakan perspektif aku. Aku pernah kata dekat diri aku yang aku buat blog untuk orang berfikir dan berfikir. Tidak hanya seronok-seronok dan meninggalkan link nak kayakan diri.

2. Pendirian nih basri pun tak tau. Hah ha.

3. Daripada tajuk yang basri bagi nih, aku sendiri tak tau beza antara 2 benda alah kat atas tuh. 

4. Sudah. hampa tak payah fikir! Biar aku bagitau. 

5. Bodoh nih lebih kepada perkara yang formal seperti Teori Poligenesis atau gay yang kahwin tetapi masih kekal Islam!

6. Benda-benda macam tuh adalah bodoh dan memperbodohkan orang ramai. Sebab apa bodoh nih terjadi? Mungkin dan tetap pendirian aku bahawa ia jadi bodoh apabila menongkah arus daripada kebiasaan norma kehidupan alam.

7. Sebab itu lah kita lihat sekarang banyak sangat orang yang jadi bodoh sebab terikut-ikut dengan orang yang bodoh punya fahaman. Kalau tak mahu terikut-ikut, ikut orang yang tak menongkah arus norma kehidupan dan perkara itu adalah asas yang sebenar untuk menjadi tak bodoh (baca: ikut orang yang ada agama, diutamakan Agama Islam)

8.  Perkara yang aku bincangkan ini sangat-sangat berbeza daripada orang yang belajar dan dia berasakan dirinya bodoh. Itu bukan bodoh yang sebenar. Belajar tapi tak faham-faham tu aku gelarkan 'tak faham-faham' dan bukan bodoh. Ada faham? Fahamkan sendiri.



"bengong - edit" was the name

9. Bengong tak cerita lagi kan? Haa, nih dia. Rupa-rupanya bengong tak diiktiraf oleh dewan bahasa dan pustaka. Bodoh atau bengong kah orang yang menggunakan bengong dalam percakapan seharian?

10. Bengong untuk percakapan seharian adalah normal dan boleh diterima pakai sebab bengong lebih sedap daripada bodoh! 

11. Perkara yang bengong yang sekarang terjadi adalah kesan daripada pembodohan beramai-ramai yang terjadi. Contoh paling rapat dengan bengong adalah peristiwa bengong oleh Yang Berhormat Tuan Terutama Sangat Bebas Adam Adlilie (Bukan nama sebenar).

12. Malas terang sebab semua dah tahu. Jadi pendirian aku adalah sebab dia bengong dan bukan bodoh yang sebenar. Bengong sebab last nanti apa yang diperjuangkan tak akan kemana dan dia akan jadi sejarah. Bukan tara mana sangat perjuangan yang dia buat tuh.

13. Hampa tak setuju dengan aku? Aku tak kisah pun.

P/s: bapa aku bayar yuran aku untuk aku berjuang tamatkan pelajaran dan jadi orang yang bertamadun dan faham (ada faham?)

Monday, 24 October 2011

Pengenalan : Che Fesal

Assalamualaikum


Hari nih xmau tulis panjang-panjang. Sebab pa? Nak tulis panjang-panjang pon followers baru 2 orang. Belum berbaloi.

S-kachi dah cerita pasal C.U.T.I jadi aku tak mau post benda sama sebab benda sama is not equal to fun. Benda lain daripada orang lain is FUN. Jadi malam nih aku nak merepek pasal hidup aku sikit laa. Biar la orang kenal serba sedikit tentang kita. Mak Bapak aku cakap kalau tak kenal maka tak cinta, seem that quote is definitely right.

Nama aku seperti tertera di alamat blog nih (bukan nama sebenar), wait. Don't get angry. Yeah, it is true kalau tak kenal maka tak cinta but we'll just Che Fesal je la noh. Hehe. I'm early 20. Masih menuntut ilmu sebab diri ini masih bodoh. Sapa mengaku dia pandai? Mai habaq kat aku!! Mai nak boh pelempang bagi (just kidding).
Well its up to you kalau nak mengaku pandai tapi aku dapat tau dari kawan-kawan aku yang nih "makin lama kita belajar, makin kita rasa kita bodoh". Interpret the quote yourself.

Tempat yang dok bagi perkhidmatan untuk aku nak dapat ILMU nih dipanggil orang ramai Universiti Utara Malaysia. Insyallah, lagi 3.5 or 4 tahun selesai di sini. Doakan aku sama. Course chefesal oi course? Ada la hat berkaitan kira-kira sikit.

So, lagi apa hah? Haaa, aku orang Kedah dan suka cakap guna loghat orang Kedah tak kira ke mana aku pi. Walaupun, ada sekali-sekala dok pakai loghat orang lain sesuka hati and yes, penulisan aku masih belum cukup cantik lagi. Aku sendiri rasa dan aku akan try to change that so that I can give something and get something back.

Apalagi yang hampa nak tau? Cukup la kot. Aku rasa macam menyimpang jauh daripada perspektif pengenalan diri ja pun.

Thanks sebab baca.

Tuesday, 11 October 2011

Merapu pagi Selasa

Assalamualaikum.

HaHa. Gelak dulu. pasai apa? nih nak cerita. Hari nih aku cuti dan aku cukup suka cuti atau orang sini kata tadak kuliah. hehe. By the way, aku masih rasa payah untuk menulis blog nih pasai untuk attract people is not easy and I am very aware of that. Bila aku baca blog orang len (termasuk blog merapu) depa nih banyak idea. I mean memang banyak. Aku suka baca blog yang ada ilmu atau ditulis untuk orang berfikir, aku harap dapat jadi macam mereka (otai2 nih semua). Untuk aku pulak, masih dalam proses untuk tambah ilmu supaya blog nih jadi seperti yang aku harapkan. Ye la, aku pon tak harap sangat akan ada orang yang akan baca blog aku nih sebab bukan semua orang akan suka dengan apa yang akan kita buat dan aku tak pulak harap takdak orang langsung yang nak mai blog aku nih. hehe.

Dari segi penulisan pulak, dulu memang aku jarang nak menulis sebab malas nak berfikir dan semua benda-benda lain yang halang aku buat semua tuh. Blog yang dapat memujuk orang untuk kembali baca for the next entry I only can say that they are awesome!!! hehe. Aku harap penulisan aku akan dapat pujuk untuk orang lain kembali dan baca pendapat aku untuk seterusnya.. hahaha
Enough of merapu today. Hope blog aku dapat diterima dan difollow oleh berjuta-juta orang(hiperbola melampau) dapat beratus-ratus atau takdak follower pon takpa(akan terjadi begitukah?) harap ndak.. hahaha

Thanks sebab baca. Penghargaan untuk anda.

Monday, 10 October 2011

10/10/2011 - Satu permulaan

Assalamualaikum.

Setelah timbul minat untuk ada blog, maka lahirlah Pena Chefesal. Blog nih digunakan untuk melahirkan pendapat saya terhadap perkara yang menjadi perhatian saya untuk meluahkannya. Saya masih baru dalam dunia blog ini dan juga penulisan saya masih tidak setajam otai-otai blog yang dah lama wujud di dunia ini.
Blog nih hanya luahan pendapat saya kepada dunia. HaHa

So, to myself a big WTB world. HaHa.